Melawat Perlis (yang dikatakan wahabi)

November 14, 2009

Lain, memang ada kelainan apabila berada di Perlis. Terutamanya ketika beribadah di masjid2 di Perlis. Begitu juga dengan masyarakatnya, dalam menghadapi upacara2 kematian, berkhatan dan melibatkan hari2 kebesaran agama.

Di Perlis, apabila berlaku kematian, jenazah biasanya akan diuruskan secepat mungkin. terdapat beberapa kes dimana berlaku kematian pada tengah hari, pada petang tersebut juga jenazah dikebumikan. Apabila majlis pengkebumian, ada sesetengah jenazah yang dibacakan talkin, namun ia di kerap kali dibaca secara berdiri di perkuburan. Ini adalah mematuhi larangan Nabi SAW untuk tidak duduk dan bersolat di perkuburan. Namun bagi mereka yang tidak menerima amalan talkin, mereka terus pulang menziarahi sanak saudara simati untuk bertanyakan khabar dan menghulurkan bantuan. Tidak ada pula berlaku kata-mengata dalam isu talkin, kerana hal ini diperjelaskan dalam kuliah2 terutamanya sejak Dr Mohd Asri menjadi Mufti tempoh hari.

Pada sebelah malam pula, keluarga simati tidak dibebankan dengan menyediakan jamuan untuk ‘orang2 masjid’ yang datang untuk ‘majlis tahlil’. TIADA komen2 yang mengatakan “Keluarga simati tidak kasihankan arwah dengan tidak menganjurkan kenduri arwah”. Namun masih terdapat lagi keluarga2 simati yang menganjurkan jamuan dan memohon jemaah masjid hadir dan berdoa untuk arwah. Bagi mereka yang tidak mahu pergi, ianya tidak menjadi masalah pun. Keluarga simati pula faham situasi ini kerana banyak sekali penerangan tentang perlunya berubah menyalahi adat untuk memberi kefahaman Islam yang tulen kepada generasi muda.

Begitu juga dalam ibadah solat di Masjid. Pengunjung ke Perlis dapat mengalami pengalaman tersendiri dan boleh bertanyakan jemaah tentang kelainannya berbanding dengan masjid2 negeri lain di Malaysia. Selepas solat tiada wirid dengan suara keras oleh imam, dan semua jemaah bebas untuk berwirid dengan cara masing2 dan berdoa sendiri2. Namun kepada mereka yang tidak faham, mungkin mereka terlalu sebal untuk mengangkat tangan berdoa sendiri, mengharapkan doa imam lalu mengatakan jemaah masjid di Perlis tidak berdoa dan berwirid selepas solat. Harus juga di ingatkan jemaah di Perlis juga biasanya berdoa di dalam solat, terutamanya  sebelum memberi salam, dengan doa yang diajarkan Nabi SAW untuk menghindarkan siksaan kubur, neraka jahannam, fitnah kehidupan dan fitnah Dajjal.

Khutbah Jumaat di masjid2 Negeri Perlis juga telah berlaku satu transformasi kepada isi khutbah, yang mana ianya lebih mantap sejak kedatangan Mufti Dr Mohd Asri. Setiap kali jemaah masuk ke masjid sebelum atau ketika khutbah, pasti mereka akan solat sunat tahiyatul masjid. Selepas azan zohor, tidak terdapat jemaah yang bangun secara ramai2 untuk solat sunat, kerana selepas azan terus dibacakan khutbah. Pada doa khutbah kedua pula jemaah biasanya tidak akan mengangkat tangan mengaminkan doa imam….(kalau kaji lagi- akan tahulah jawapannya berdasarkan dalil dan nas)

Ini hanya coretan sedikit tentang apa yang berlaku di Perlis. Banyak lagi kelainan yang anda boleh alami jika berkunjung ke Perlis Dar El Sunnah.

Namun harus juga di ingatkan, ada juga golongan Salaf ekstrem di Perlis. Jangan di buat kesimpulan awal sebelum bertanya dan selidiki betul2.

JOM KE PERLIS

http://www.homestayperlis.blogspot.com

 

Mata Ayer Homestay/ Roomstay

Oktober 7, 2009

Sambutan Aidilfitri di Homestay